Pengumuman


Perhatian: Pelaksanaan Log Masuk Tunggal MyDigital ID

Merujuk kepada arahan pelaksanaan integrasi sistem aplikasi digital kerajaan dengan MyDigital ID sebagai Log Masuk Tunggal oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara melalui surat bertarikh 14 Januari 2025, rujukan MKN.600-5/11/5(S), dimaklumkan bahawa berkuatkuasa mulai 1 Februari 2026, Sistem MyINFRA hanya akan menyokong Log Masuk Tunggal menggunakan MyDigital ID.

Para pengguna sistem yang masih belum mendaftar MyDigital ID perlu segera melengkapkan pendaftaran bagi memastikan akses berterusan ke Sistem MyINFRA tanpa sebarang gangguan.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi 03 - 2771 4756
atau emel kepada myinfra@kkr.gov.my
Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu